Thursday, December 26, 2013

Kad Kahwin

Assalamualaikum...

Alhamdullillah. Kad kahwin kita dah siap!
Sekarang dalam proses nak edarkan kad saja.




Untuk kad kahwin saya tempah lebih kurang 2 bulan sebelum majlis.
Tempah dalam pertengahan bulan November macam tu.

Untuk vendor kad kahwin, saya pilih untuk tempah dengan Jentayu Design
Reason kenapa saya pilih Jentayu Design ialah:
- design card yang modern dan terkini
- more to pastel colour
- show room nearby to Putrajaya which is located at Bangi
- service yang sangat cepat iaitu kad boleh siap within 2 weeks saja.

Nak deal dengan Jentayu Design pun teramatlah mudah.
Mula-mula saya pergi showroom untuk tengok contoh design kad yang pernah diorang buat.
Lepas tu bincang tentang quotation harga.

Dengan Jentayu Design, urusan tempahan kad kahwin jadi sangat mudah.
Artwork boleh check dalam masa 3 hari sahaja.
Disebabkan senang sangat nak deal dengan JD, saya tempah 1200  thank you sticker sebagai tambahan.

Untuk kad kahwin saya pilih design yang simple, warna sweet pastel, material art card 
and finishing matte laminate.
Harga yang diorang quote untuk 750 pieces juga adalah affordable lebih kurang RM1.10 sekeping.

Ramai yang cakap untuk kad kahwin tak perlulah berbelanja besar dan saya sangat setuju.
Cuma pada saya kad kahwin adalah penting kerana ia merupakan penilaian pertama orang terhadap majlis.
Pada pandangan saya juga, sebaik mungkin elakkan gambar bersama pasangan pada kad kahwin kerana kurang manis dipandang orang.
Seboleh mungkin saya elakkan juga gambar kartun dalam kad kahwin sebab kurang sesuai untuk diberikan kepada khalayak dewasa.
Apapun terpulang pada individu dan yang paling penting bajet anda sendiri.

So, cantik tak kad kahwin saya?
Jemput datang semua....

in progress...

Bbye...




















                       






Disember Update.... 22 days to go

Things to do:

1) Kursus Kahwin & HIV Test (DONE)
2) Borang Kebenaran Nikah  (DONE)
3) Borang Kebenaran Menggunakan Masjid  (DONE)
4) Tempahan Dewan  (DONE)
5) Catering Nikah (PENDING)
6) Catering Sanding (DONE)
7) Baju Nikah (DONE)
8) Baju Sanding (DONE)
9) Makeup Nikah (DONE)
10) Makeup Sanding (DONE)
11) Photographer (DONE)
12) Videographer  (DONE)
13) Pelamin (DONE)
14) Baju Pengapit (PENDING)
15) Family Theme (DONE)
16) Doorgift  (DONE)
17) Kompang (PENDING)
18) Lagu (PENDING)
19) Emcee (DONE)
20) Kad Kahwin  (DONE)
21) Hantaran (PENDING)
22) Handbouquet  (DONE)
23) Henna (DONE)
24) Gubah Hantaran  (DONE)
25) Bantal Nikah (PENDING)
26) Bunga Pahar  (DONE)
27) Dekorasi Bilik (PENDING)
28) Cincin Kahwin  (DONE)

Persiapan so far so good...
Tak payah nak stress2 sangat...
Buat rileks2 sahaja. Insya Allah semua benda akan settele satu per satu..

Fitting Baju Nikah

Assalamualaikum...


Alhamdullillah baju nikah kita dah siap.
Dah pergi fitting pun hari tu.
Overall, puas hati sangat dengan kekemasan jahitan dan detailing semua.
Untuk review tunggu lepas kahwin ye kawan-kawan...

nak fitting baju pun siap bawak P.A uols...




Wednesday, November 27, 2013

Kursus Kahwin... DONE!

Assalamualaikum...


Awal-awal November hari tu memang progresif betul buat persiapan kahwin.
Bayangkan lah lepas bertunang kita dah jarang jumpa.
My fiance bulan September-October hari tu memang sibuk sangat dengan plant shutdown.
Kita pulak sibuk nak exam, nak tutup sekolah bagai. 

Dan sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang.
Dalam setiap kesusahan dan ujian yang Allah beri, pasti tersimpan hikmah yang maha besar.

Sejujurnya siapa la yang tak risau bila tengok wedding planroid tinggal 70 hari lagi tapi
persiapannya non-hado je.
 Belek punya belek calendar nasib baik la ada cuti panjang sikit minggu tu.
Mula-mula cuti Deepavali then sambung pulak dengan cuti Awal Muharram.

So pikir punya pikir.
Last-last saya  decide 2-3 November tu kita dua kena jugak pergi kursus kahwin.
Kalau tak memang tak kan ada masa lain dah.

Jadi hasrat yang terpendam dinyatakan kepada future father in law.
Nasib jugak pakcik baik dan sporting.
So, my fiance, FFIL and FMIL turun KL sebab nak suruh anak dia attend kursus kahwin.
Hahaha.

Then, saya minta tolong dengan mak untuk arrangekan kursus kahwin kami
sebab saya macam busy sikit minggu tu.
Alhamdullilah. Ada tempat untuk kami.

Untuk bride to be yang lain,
Pesan saya jangan la kecik hati ke apa kalau tengok pasangan korang
 macam tak ambil port sangat pasal wedding.
It's a man nature.

Diorang hanya akan fikir hal yang penting-penting saja.
Hal remeh temeh macam baju, photographer, kursus kahwin ker, kad
dan segala macam tok nenek persiapan kahwin
yang kita rasa boleh buat dan settle kan sendiri
tanpa perlu minta masa dan idea diorang
 just go on saja.
Pada saya, masa bertunang nie lah saya belajar bertolak ansur,
berdikari, cuba membantu dan berusaha menjadi sayap kanan terbaik untuk bakal suami.

Pada saya juga, orang perempuan kena banyak bantu bakal suami.
Sometimes diorang bukan tak nak bantu kita.
Cuma mereka tak tahu caranya saja.
So, kita sebagai bride to be, saya percaya mesti dah banyak buat research,
banyak baca blog dan magazine kan
 Mesti ada banyak idea dan knowledge.
Why don't kita cuba bantu pasangan.
Make things easier.
Make them happy as well.
Insya Allah. Aman jer hubungan...

Ok lah berbalik kepada kursus kahwin itu hari.
Alhamdullillah.
Kita dua berjaya attend kursus satu hari setengah tanpa gagal.
Bayaran RM80 seorang.
Bagi bakal-bakal pengantin area Putrajaya boleh attend kursus kahwin SINI
By the way, kursus nie kalau area Putrajaya hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Lepas seminggu dah boleh dapat sijil.












Monday, November 25, 2013

HIV Test

Assalamualaikum...

Kalau tak silap, kita mula isi borang kebenaran nikah seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Dalam 1 November macam tu, iaitu pada hari yang sama kita buat ujian HIV.
Senang. 2 in 1.
Settle.

Sebelum pergi buat ujian HIV, saya dah call dulu Klinik Kesihatan Putrajaya 
untuk tanya sama ada boleh walk in atau perlu buat appointment.
Luckily, diorang cakap boleh walk in saja.
Kemudian, saya tanya  juga pasal borang HIV dan pihak klinik cakap semua ada kat sana.
Alhamdullillah.

So saya just maklumkan pada Encik Tunang.
Mula-mula dia cakap tengok keadaan dulu.
Serius dah cuak.
Tapi takpe. Insya Allah.
Pelan-pelan cuba pujuk.
Usaha kan tangga kejayaan.

Alhamdullillah, sehari sebelum buat HIV Test mood dia okay.
And dia setuju. 
Yahooo...

Pagi-pagi dalam pukul 9 macam tu kita dua dah sampai Klinik Kesihatan Putrajaya.
Amik nombor dan tunggu giliran.
Kemudian daftar.
Disebabkan saya goverment servant tiada bayaran dikenakan
 tapi untuk Encik Tunang kena bayar RM1 sebab dia kerja swasta.

Lepas bayar, kita kena tunggu giliran untuk dapatkan Q card. (kalau tak silap)
Yang spoilnya boleh pulak akak tu salah key in nama tunang saya padahal dah bagi IC kot.
Encik abang dah risau dah time tu. Takut tak valid je.
Nasib la dapat dibetulkan.
Alhamdullilah...

Next, kita pergi buat rapid test.
Then tunggu keputusan.
HIV Test nie tak lama pun. Dalam setengah jam je settle.

Dan ini hasilnya:


non-reactif.

Alhamdullilah...
(^__________^)








Sunday, November 24, 2013

Prosedur Kebenaran Nikah (Johor)

Assalamualaikum...


Bagi bakal-bakal pengantin, memohon kebenaran nikah adalah yang paling crucial sekali dalam proses merancang perkahwinan.
Kalau tak mohon kebenaran macam mana nak nikah.
Ye dak?

So, hari nie saya nak kongsi serba sedikit proses memohon kebenaran nikah bagi negeri Johor.
Oleh sebab, Encik Tunang saya berasal dari Johor maka pendaftaran adalah secara online sahaja.
Boleh klik E-NCR Johor

1. Daftar 

klik setuju terma dan syarat

daftar menggunakan kad pengenalan

isikan maklumat diri


2. Selepas daftar, kena aktifkan akaun. Caranya:
- call Pejabat Agama Daerah
  (macam tunang saya orang Mersing, so call Pej Agama Mersing lah)
- cakap nak aktifkan E-NCR
- bagi no IC dan automatik akaun anda diaktifkan


3. Buat permohonan kebenaran nikah

- isi maklumat diri sendiri

- isikan maklumat pasangan

- isikan juga maklumat tentang tarikh nikah dan tempat


4. Cetak borang-borang berkaitan dan submit ke pejabat agama

Untuk step berikutnya saya update pada next entry sebab borang belum submit lagi.
Korang kena settlekan semua borang nie dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
Good luck!

Saturday, November 23, 2013

Reception Dress

Assalamualaikum...

Ini kali nak cerita tentang reception dress.
It's a custom made dress.

Saya pilih custom made instead of sewa ialah sebab susah sangat nak cari dress yang betul-betul menepati kehendak dan saiz saya.
Adalah dua tiga kali saya pergi butik pengantin untuk cuba baju tapi hati saya lebih berat untuk tempah baju sendiri.

Untuk baju nie, saya tempah dengan Minaz
My reception dress was inspired by these two gorgeous bride:

yuyu aziz's dress

Can check out her blog here

and

Puan rai.

Love the trail so much!
& It's from Rico Rinaldi by the way.


So, untuk baju sanding saya minta kak Pija design:
- a modern & modest dress for muslimah
- material chiffon silk
- embelishment on shoulder, waist, hand
- medium trail
- veil & shoes


Gambaran wedding dress saya:


and the colour choosen (jeng jeng jeng)

tekalah sendiri...

Untuk groom pula saya tempah dengan wedding galore
Rasa-rasanya groom memang tak kisah pasal baju diorang kan?
So, saya decide untuk buat baju macam Apek Khairul Fahmi.
Custom made juga.






Friday, November 22, 2013

Throwback: Gambar Tunang

Disclaimer:
(Ketika entri ini ditulis, blog ini adalah private)


Assalamualaikum...

It's been about 3months++ since our E-day.
Untuk pengetahuan semua,saya tidak pernah paparkan gambar majlis pertunangan saya baik di facebook, instagram, blog atau mana-mana laman sosial.
Hanya keluarga terdekat, cikgu-cikgu sekolah dan kawan-kawan rapat tunang saya sahaja yang tahu.

Begitupun,bukan niat saya nak merahsiakan perkara yang baik ini.
Islam sendiri berpendapat, pertunangan adalah lebih baik dirahsiakan,
 manakala pernikahan adalah wajib dihebah-hebahkan.

Saya lebih hormatkan pendirian keluarga.
Takut timbul fitnah.
Takut timbul riak.
Dan untuk mengelakkan perkara-perkara di luar jangkaan.

Disini, saya kongsikan sedikit gambar-gambar  sekitar majlis pertunangan saya tempoh hari sebagai kenang-kenangan.

Rombongan Meminang

 rombongan meminang

Assalamualaikum.. kami datang nak masuk meminang...

FFIL

sister and cousin

the mother and brother



merisik dan perbincangan

cincin tanda

nervous wei...

alhamdullilah.. i'm someone's tunang...

orang nie nervous tunggu dekat luar

nasib la ada kawan...

ada iras tak kami? hehe

alhamdullilah.. almost daughter in law to this family...

my family


jamuan ringan


sekian....











Thursday, November 21, 2013

Checklist... 57 Days To Go

Things to do:

1) Kursus Kahwin & HIV Test (DONE)
2) Borang Kebenaran Nikah (PENDING)
3) Borang Kebenaran Menggunakan Masjid (PENDING)
4) Tempahan Dewan  (DONE)
5) Catering Nikah (PENDING)
6) Catering Sanding (DONE)
7) Baju Nikah (DONE)
8) Baju Sanding (DONE)
9) Makeup Nikah (DONE)
10) Makeup Sanding (DONE)
11) Photographer (DONE)
12) Videographer (PENDING)
13) Pelamin (DONE)
14) Baju Pengapit (PENDING)
15) Family Theme (DONE)
16) Doorgift (PENDING)
17) Kompang (PENDING)
18) Lagu (PENDING)
19) Emcee (DONE)
20) Kad Kahwin (PENDING)
21) Hantaran (PENDING)
22) Handbouquet (PENDING)
23) Henna (DONE)
24) Gubah Hantaran (PENDING)
25) Bantal Nikah (PENDING)
26) Bunga Pahar (PENDING)
27) Dekorasi Bilik (PENDING)
28) Cincin Kahwin (PENDING)

Wah banyak gila benda tak siap lagi... Rileks2... Ada masa lagi... Leklu der... Hehe... Kbai!

DIY Peta Lokasi

Assalamualaikum...


Insya Allah hari nie kita buat entry secara pukal.
So, hari nie nak cerita macam mana saya DIY peta lokasi.

Being an independent and perfectionist bride to be (perfectionist la sangat!), 
saya memang susah nak percayakan orang lain. 
Maksudnya, ada benda yang I have to lean on other people, 
tapi ada juga sesetengah benda yang saya kena buat dan bergantung pada diri sendiri.

Contoh macam baju.
Since saya bukanlah orang yang arif tentang design, fashion and what so ever, so in that cases I just let my designers decide.
Tapi untuk map lokasi majlis, siapakah yang lebih mengetahui instead of tuan badan sendiri.
Ye dak?

Jadi dengan bantuan dari Google Map, a little bit of my imagination and knowlegde, saya cuba hasilkan draft peta lokasi dengan menggunakan Painter dan Microsoft Word ye kawan2....

So mula-mula, I did few sketchs on A4 paper untuk dapat gambaran peta secara kasar.

huduh mak aiii



lepas tu saya draw pakai Painter:
ini ialah draft jalan.
Saya guna google map untuk tgk layout jalan.

finally...
.
.
.
.
.
.
.


taraaa....
click for enlarge.
Haha.
Jadilah kan? Walaupun tak hebat sangat..
At least vendor kad boleh nampak and faham.

Selamat mencuba.








Nikah Attire

Assalamualaikum...

Alhamdullilah. Lama rasanya tak update blog. 
So, hari nie kita nak cerita pasal nikah attire. 
Waktu entry nie ditaip tinggal 57 hari sahaja lagi to our big day.
 Insya Allah. 
Doakan semua urusan dipermudahkan oleh Allah. 


Nikah attire saya tempah dari Aqar Couture.
Basically untuk baju nikah saya pilih design yang simple iaitu baju kurung moden.
My nikah attire was inspired by these pictures:

clean cut, modern design & off white colour

mermaid skirt & draping. love it to the max!

white, silver & pink pearl detailing.

Secara jujur, saya tak de specific design.
Untuk baju nikah, saya cuma request:
- off white colour
- simple detailing on waist
- heavy detailing pada tangan
- dan nak draping


Untuk baju nikah saya memang serahkan bulat-bulat pada designer.
Begitu juga dengan groom. Saya cuma bagi beberapa ukuran asas and pepandai la designer nak agak. 
Sebab masa ukur baju nikah, tunang saya tak ada. 

Harap semuanya berjalan lancar.
Till then. 
Bbye!








Monday, September 16, 2013

Love isn't just an emotion or a noun. It's a verb.

#Hal Kahwin 2.0


Yesterday we had a conversation thru phone. I mean saya dan encik tunanglah. Macam-macam yang kitorang bincangkan. Dan memang tak sah kalau conversation kami tak de drama dan airmata. Hmm,,, what to do lah kan.

So berbalik pada conversation kami semalam, we talk alot about duit hantaran, kad kahwin, baju and bla bla bla. Banyak benda yang kami still confuse and not clear. In fact, kami dua-dua busy. Tau lah kan nak hujung-hujung tahun nie. So, based on perbualan semalam, I can conclude that BANYAK GILA mende yang kita dua belum settlekan sedangkan wedding kita tinggal 4 bulan je lagi.. hukhuk. Siapa tak cuak kan?

So inilah benda-benda yang kita dua belum settlekan:

Duit Hantaran
- I rasa Encik Tunag saya macam confuse sikit pasal  pembahagian duit hantaran. He thought that duit hantaran tu kena bagi masa akad nikah nanti. Bukan ker duit hantaran tu ialah duit belanja kawin yang orang lelaki bagi kat pihak perempuan untuk uruskan kenduri kendara? I mean mestilah kena bagi sebelum kan? Tak kira lah separuh atau penuh. Hmmm... yang nie pun problem jugak. May be sebab pihak kami pun tak state kan bila nak bagi hantaran masa bincang hari tu. Tak pe lah yang penting semalam dah cakap...

Kad Kahwin
- Buat masa nie, belah perempuan memang tak de masalah nak buat kad since kita dah tetapkan tarikh dan Insya Allah tempat pun dah ada. Cuma belah lelaki masih belum tetapkan tarikh. So yang ini pun still pending either nak buat sekali atau asing-asing.

Kursus Kahwin dan Borang Kebenaran Nikah
-Yang ini pun satu hal lagi. Kursus kawen pun kita belum pergi since dua-dua pun busy manjang. Kalau Johor rasa takde masalah sangat bab borang kebenaran tu since semua pun thru online saja. Setel. I punya pulak kena tunggu pihak lelaki dulu baru boleyh proceed. Yada yada...

Attire
- On the way. 21hb nie baru nak jumpa designer and discuss. Rasa macam nak on je since dah tak de masa.

Hantaran
-pfffffffttttt.... 0/7. I punya satu mende pun tak beli dan tak fikir lagi. Zhafif mungkin dah beli satu.

Pelamin
- Yang ini pun kalau kak Zura Stazurin tak call-call jugak untuk set appointment I cari je vendor lain. Tapi bajet still letak 2.5K. Takmau lebih-lebih.

Videographer
-Pending. Tak tau lagi nak atau tak... Sob sob

Begitulah ye kawan-kawan... Nak tawen lg 4 bulan. Satu hapa pun tak jalan lagi. Banyaknya banyaknya....

123

days to wedding...
Ya Allah, permudahkanlah.

Monday, September 9, 2013

Sayang kerana Allah

I am a firm believer that some day I will find, meet and marry someone that truly loves me kerana Allah. I was so young at that moment but the thoughts just came and becoming the principles and guidelines that I hold until today. Believe me I did not understand that until few months ago. To me, love is just a feeling. I don't choose who I love. The feeling just comes and grows.

My previous failed relationship have taught me that I was very weak. To some point, always letting my emotions overrule my senses at that time. When the relationship doesn't work out, it becomes wreck and feel so betrayed. Feeling of hatred and regret. Regret of the things you have done wrong and regret for not doing more.

However, the principles towards finding the right guy makes more sense to me now. It just feels so good, so right and so smooth. When you love someone kerana Allah, there is a sincerity and respect in a relationship before marriage. You won't do anything that would jeopardise the health of relationship. Because you fear of Allah and Allah only. 

As for the guy, if he loves you kerana Allah, he will respect you in return. Wait until he has your hands in marriage before take your heart and body from your family.  He will promise to protect you and even pray to Allah that you're protected and will not stop praying even after marriage. The love is uncondition; either good and bad because he knows, you and him are belongs to the Creators. Wallahualam.






Friday, September 6, 2013

-_-

So many negative thoughts come and cross through my head.
O Allah, please guide me along this way.

Thursday, September 5, 2013

September Update

Alhamdullilah. In fact of all the busyness; work, studies and wedding stuff, I managed to settle few of them. The progression so far is below 5%. However, I'll try to settle it one by one. Insya Allah. 

 September Update:


Make-up
  • Done booking with MUA(s) & paid the deposit. I choose different MUA(s) for solemnization and reception as I want to try and experience different outcomes. Hopefully, I made the right choice this time. My engagement makeup was like a nightmare for me.

Photographer
  • It was my choice. Yes, indeed. (hehe). He let me win this time as I really wanted this photographer even the price quoted a bit pricey. 

 So, these are the things that I have INITIATED and IN PROGRESS:
- nikah and reception's attire
- theme colours (indecisive)
- venue (x confirm lg)
- catering 


?? (is that all?)

Now, the things I've not started yet:
- pelamin and decorations (what theme? what colour?)
- hand bouquets
- videographer
- door gifts
- hantarans
- pengapit
- emcee/ kompang/ 
- kad
- guest lists
- bedroom decorations
- etc etc etc


Haish... peninglah.



Sunday, August 25, 2013

Review on Everything: Majlis Tunang


Assalamualaikum.


Alhamdullilah. Majlis tunang itu hari berjalan lancar. Now it's time for reviewing.


1. Cincin

- perkara pertama yang dicari lepas decide nak bertunang ialah cincin. Untuk majlis kami nie, kitorang ingat nak ringkas saja. Kitorang decide beli satu cincin. Takde dua cincin macam orang lain. Itu lah cincin merisik dan itulah juga cincin bertunang. Cincin ini kami beli dekat Emas Sri Pinang. Cincin emas bertahtakan batu Zircon.

cincin tunang saya. 

Design cincin tunang saya lebih kurang macam nie. Alhamdullillah. Cantik di tangan dan di mata. Design pun simple and sweet saja. Harga pun berpatutan. Dalam RM600 ++ sahaja. 

Untuk pemilihan cincin, saya cadangkan survey, survey dan survey dulu. Sebab bukan semua cincin yang cantik di mata akan cantik di jari pemiliknya. Bertenang dan pilih dengan sabar. Insya Allah kita akan jumpa juga yang sesuai. 

Macam saya, sebelum decide nak beli cincin tunang, saya dah survey2 dulu harga dan design cincin yang saya nak dan suka. Hampir semua potential kedai emas dekat Kajang tue saya dah terjah. Bukan tu saja, kami sempat lagi lari ke Sunway Pyramid untuk survey2 cincin. Semua kedai emas macam Poh Kong, Wah Chan and etc kitorang masuk. Tapi tak de satu pun yang berkenan. Akhirnya di Emas Sri Pinang lah jodoh untuk cincin tunang saya. hehe.

Rate: 4.5/5


2. Baju dan tudung tunang

Orang perempuan memang tak dapat lari dari perasaan terlebih concern dekat baju. Pemilihan baju untuk tunang memang betul-betul jadi masalah untuk saya. Asalnya saya dah tempah baju lain. Tapi tailor tu silap faham. Dia ingat saya tempat untuk nikah. Dan hasilnya bila try memang nampak macam orang nak nikah sangat-sangat dah. So, saya decide tukar baju last minute.

Baju tunang saya ialah baju ready made. Beli siap dekat Minaz Boutique. Harga dalam RM200++. Warna baju ialah baby pink and baby blue. Kemudian minta tolong dengan Kak Fyda dari Qiss Bidasari tolong touch up kan beads dekat baju saya. By the way, tudung saya dari Qiss Bidasari juga.

pandangan sisi.
kenapa sy letak pandangan sisi je ye? nanti saya cerita.
Okay, gambar di atas mungkin lebih jelas untuk detailing pada baju dan tudung. Kesimpulannya, saya suka dengan baju dan tudung saya. Ramai puji baju tu cantik. Alhamdullillah. Dan di saat-saat akhir saya decide tak mahu pakai veil. Saya nak nampak simple saja. Tell me watchu think? Yay or nay?

Rate : 4/5


3. Pelamin

Pasal pelamin, saya tak risau sangat sebab ini majlis bertunang sahaja dan saya hanya minta mini pelamin. Itu pun yang asas sahaja. Alhamdullilah it turns so beautiful dan antara penyeri dalam majlis. 

Pada saya,  mini pelamin untuk majlis pertunangan adalah optional. Terpulang pada individu nak buat atau tidak. Tak semestinya orang lain buat, kita pun kena buat juga. Saya pilih untuk buat mini pelamin di ruang tamu, memandangkan rumah saya kecil dan sempit. Lagipun saya tak de bajet nak hias bilik cantik-cantik dan segan pulak kalau ramai-ramai orang masuk bilik saya untuk sesi sarung cincin.

Kalau ada mini pelamin, at least keluarga dan saudara mara boleh bergambar sama-sama. Dan background pun cantik sikit. hehe.



Rate : 4/5

4. Make-up

Antara semua-semua perkara, saya sebenarnya paling risaukan make up. Kenapa? Sebab pada saya make up sangat penting untuk menyerlahkan seri di hari bahagia. Saya sedar saya tak cantik dan tak fotogenik. Kebanyakkan gambar-gambar saya mesti bermuka masam dan garang. Haha. So saya sangat berharap make up semasa tunang mampu menyerlahkan sedikit kecantikan saya.

Namun, apa yang saya harapkan tidak begitu. Saya tahu salah saya juga sebab tak cakap dengan jelas apa yang saya nak. Saya hanya cakap nak make up yang natural sahaja. Sepatutnya saya cakap LIGHT and NATURAL. No fake eye lashes! Tak mau tebal-tebal kak. Tapi nasi dah jadi bubur.

Saya ingat pesan bakal Encik Tunang (masa tu) jangan make up tebal-tebal. Yes noted.  

Make up saya masa tunang sangatlah tebal. Macam opera cina pun ada. Saya malu dan saya tau salah saya. Saya takde bajet nak hire yang profesional dan sekarang timbul penyesalan sikit. Kalau saya make up sendiri pun mungkin lebih cantik. Dalam gambar mungkin nampak okay tapi di luar memang horor.

So rate nya saya bagi 2/5 saja. Boleyh?

tak suka sebab tak natural.
sebab tu saya suka gambar sisi sahaja.
sekian.
























Thursday, August 22, 2013

Thursday, August 15, 2013

3 hari lagi...



Progress setakat ni (erk!), macam tak nak buat apa-apa dah, padahal banyak je benda tak settle lagi. Tak pe tak pe. Ada 3 hari lagi. Doakan segala-galanya berjalan dengan lancar. Aminn..

Plan untuk 3 hari nie:

Hari nie:
- kemas bilik & rumah


Jumaat
-  start buat stairs deco
- ambil hantaran dekat Nilai
- update & remind mua, pelamin
-ambil kunci rumah transit


Sabtu
- ambil sirih junjung dan handbouqet


Ahad
- E-day (Insha Allah)

Tak tahu macam mana nak describe perasaan sekarang. Rasa macam lambat je masa berlalu... Haish. Cepat lah hari Ahad. Cepatlah datang.

So now, benda yang paling dirisaukan sekarang ialah baju dan make up (oh, tidak!).

1) Baju
-Pemilihan baju tunang ni memang banyak betul cabarannya. Dah decide dah asalnya nak pakai baju apa,warna apa, sekali last-last minute tukar pulak. Sekarang rasa macam nak tukar balik yang asal... hai peninglah!

2) Make-up
-Orang tu cakap jangan make up tebal-tebal (noted!). Takut nanti dia terkejut pulak.
-kalau boleh nak request dekat MUA nanti nak make up yang simple2 je, guna earth color and sweet gitu. Boleh?


Harap semuanya berjalan lancar. Amin.


Engagement Checklist

Checklist persiapan pertunangan saya.



1. Event Details
  • Date       : 18 Ogos 2013/ 11 Syawal 1434
  • Time       : 11 am - 4.30 pm
  • Venue     : Presint 11, Putrajaya
  • Theme     : Pastelina
  • Colour     : Baby Pink & Baby Blue


2. Outfit
  • Baju                           : Minaz Boutique (DONE)
  • Detailings & Tudung   : Qiss Bidasari (DONE)
  • Veil                            : Stazurin Bridal
  • Kasut                         : - (pakai je yang mana ada)
  • MUA                         : Fareha Rahmat
  • Handbouquet             : Daisy Pink (tempah dekat kedai bunga Metro Kajang)

3. Dais and Decorations
  • Mini Dais              : Stazurin Bridal
  • Cat Bilik               : (tak payah)
  • Cadar                   : (DONE) (beli dekat Jusco Cheras Selatan time promo. Warna dusty rose)
  • Langsir                  : (DONE)  (Ivory White)
  • Cermin                  :  (tak perlu kot) (PENDING)
  • Bunga                    :  (tak perlu) (PENDING)
  • Stairs Deco            : (PENDING)


4. Hantaran
  • For Her ( 5 dulang)
     - Tepak Sirih
     - Cincin dan wang tanda
     - Sepasang baju
     - Kek
    - Buah-buahan

  • For Him ( 7 dulang)
     - Sirih Junjung
     - Kemeja
     - Perfume set
     - Chocolates
     - Cupcakes
     - Kuih Raya
     - Buah-buahan


5. Food and Drinks
  • Caterer (DONE)
  • Canopy (DONE)
  • Door Gift (DONE)
  • Candy Buffet (PENDING) (depends on budget)

6. Documentations
  • Shoot and burn saja (Adik beradik & saudara mara jadi photoG)

Wednesday, August 14, 2013