Wednesday, November 27, 2013

Kursus Kahwin... DONE!

Assalamualaikum...


Awal-awal November hari tu memang progresif betul buat persiapan kahwin.
Bayangkan lah lepas bertunang kita dah jarang jumpa.
My fiance bulan September-October hari tu memang sibuk sangat dengan plant shutdown.
Kita pulak sibuk nak exam, nak tutup sekolah bagai. 

Dan sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang.
Dalam setiap kesusahan dan ujian yang Allah beri, pasti tersimpan hikmah yang maha besar.

Sejujurnya siapa la yang tak risau bila tengok wedding planroid tinggal 70 hari lagi tapi
persiapannya non-hado je.
 Belek punya belek calendar nasib baik la ada cuti panjang sikit minggu tu.
Mula-mula cuti Deepavali then sambung pulak dengan cuti Awal Muharram.

So pikir punya pikir.
Last-last saya  decide 2-3 November tu kita dua kena jugak pergi kursus kahwin.
Kalau tak memang tak kan ada masa lain dah.

Jadi hasrat yang terpendam dinyatakan kepada future father in law.
Nasib jugak pakcik baik dan sporting.
So, my fiance, FFIL and FMIL turun KL sebab nak suruh anak dia attend kursus kahwin.
Hahaha.

Then, saya minta tolong dengan mak untuk arrangekan kursus kahwin kami
sebab saya macam busy sikit minggu tu.
Alhamdullilah. Ada tempat untuk kami.

Untuk bride to be yang lain,
Pesan saya jangan la kecik hati ke apa kalau tengok pasangan korang
 macam tak ambil port sangat pasal wedding.
It's a man nature.

Diorang hanya akan fikir hal yang penting-penting saja.
Hal remeh temeh macam baju, photographer, kursus kahwin ker, kad
dan segala macam tok nenek persiapan kahwin
yang kita rasa boleh buat dan settle kan sendiri
tanpa perlu minta masa dan idea diorang
 just go on saja.
Pada saya, masa bertunang nie lah saya belajar bertolak ansur,
berdikari, cuba membantu dan berusaha menjadi sayap kanan terbaik untuk bakal suami.

Pada saya juga, orang perempuan kena banyak bantu bakal suami.
Sometimes diorang bukan tak nak bantu kita.
Cuma mereka tak tahu caranya saja.
So, kita sebagai bride to be, saya percaya mesti dah banyak buat research,
banyak baca blog dan magazine kan
 Mesti ada banyak idea dan knowledge.
Why don't kita cuba bantu pasangan.
Make things easier.
Make them happy as well.
Insya Allah. Aman jer hubungan...

Ok lah berbalik kepada kursus kahwin itu hari.
Alhamdullillah.
Kita dua berjaya attend kursus satu hari setengah tanpa gagal.
Bayaran RM80 seorang.
Bagi bakal-bakal pengantin area Putrajaya boleh attend kursus kahwin SINI
By the way, kursus nie kalau area Putrajaya hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Lepas seminggu dah boleh dapat sijil.












No comments:

Post a Comment