Assalamualaikum...
Kalau tak silap, kita mula isi borang kebenaran nikah seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Dalam 1 November macam tu, iaitu pada hari yang sama kita buat ujian HIV.
Senang. 2 in 1.
Settle.
Sebelum pergi buat ujian HIV, saya dah call dulu Klinik Kesihatan Putrajaya
untuk tanya sama ada boleh walk in atau perlu buat appointment.
Luckily, diorang cakap boleh walk in saja.
Kemudian, saya tanya juga pasal borang HIV dan pihak klinik cakap semua ada kat sana.
Alhamdullillah.
So saya just maklumkan pada Encik Tunang.
Mula-mula dia cakap tengok keadaan dulu.
Serius dah cuak.
Tapi takpe. Insya Allah.
Pelan-pelan cuba pujuk.
Usaha kan tangga kejayaan.
Alhamdullillah, sehari sebelum buat HIV Test mood dia okay.
And dia setuju.
Yahooo...
Pagi-pagi dalam pukul 9 macam tu kita dua dah sampai Klinik Kesihatan Putrajaya.
Amik nombor dan tunggu giliran.
Kemudian daftar.
Disebabkan saya goverment servant tiada bayaran dikenakan
tapi untuk Encik Tunang kena bayar RM1 sebab dia kerja swasta.
Lepas bayar, kita kena tunggu giliran untuk dapatkan Q card. (kalau tak silap)
Yang spoilnya boleh pulak akak tu salah key in nama tunang saya padahal dah bagi IC kot.
Encik abang dah risau dah time tu. Takut tak valid je.
Nasib la dapat dibetulkan.
Alhamdullilah...
Next, kita pergi buat rapid test.
Then tunggu keputusan.
HIV Test nie tak lama pun. Dalam setengah jam je settle.
Dan ini hasilnya:
non-reactif.
Alhamdullilah...
(^__________^)


No comments:
Post a Comment