Sunday, August 25, 2013

Review on Everything: Majlis Tunang


Assalamualaikum.


Alhamdullilah. Majlis tunang itu hari berjalan lancar. Now it's time for reviewing.


1. Cincin

- perkara pertama yang dicari lepas decide nak bertunang ialah cincin. Untuk majlis kami nie, kitorang ingat nak ringkas saja. Kitorang decide beli satu cincin. Takde dua cincin macam orang lain. Itu lah cincin merisik dan itulah juga cincin bertunang. Cincin ini kami beli dekat Emas Sri Pinang. Cincin emas bertahtakan batu Zircon.

cincin tunang saya. 

Design cincin tunang saya lebih kurang macam nie. Alhamdullillah. Cantik di tangan dan di mata. Design pun simple and sweet saja. Harga pun berpatutan. Dalam RM600 ++ sahaja. 

Untuk pemilihan cincin, saya cadangkan survey, survey dan survey dulu. Sebab bukan semua cincin yang cantik di mata akan cantik di jari pemiliknya. Bertenang dan pilih dengan sabar. Insya Allah kita akan jumpa juga yang sesuai. 

Macam saya, sebelum decide nak beli cincin tunang, saya dah survey2 dulu harga dan design cincin yang saya nak dan suka. Hampir semua potential kedai emas dekat Kajang tue saya dah terjah. Bukan tu saja, kami sempat lagi lari ke Sunway Pyramid untuk survey2 cincin. Semua kedai emas macam Poh Kong, Wah Chan and etc kitorang masuk. Tapi tak de satu pun yang berkenan. Akhirnya di Emas Sri Pinang lah jodoh untuk cincin tunang saya. hehe.

Rate: 4.5/5


2. Baju dan tudung tunang

Orang perempuan memang tak dapat lari dari perasaan terlebih concern dekat baju. Pemilihan baju untuk tunang memang betul-betul jadi masalah untuk saya. Asalnya saya dah tempah baju lain. Tapi tailor tu silap faham. Dia ingat saya tempat untuk nikah. Dan hasilnya bila try memang nampak macam orang nak nikah sangat-sangat dah. So, saya decide tukar baju last minute.

Baju tunang saya ialah baju ready made. Beli siap dekat Minaz Boutique. Harga dalam RM200++. Warna baju ialah baby pink and baby blue. Kemudian minta tolong dengan Kak Fyda dari Qiss Bidasari tolong touch up kan beads dekat baju saya. By the way, tudung saya dari Qiss Bidasari juga.

pandangan sisi.
kenapa sy letak pandangan sisi je ye? nanti saya cerita.
Okay, gambar di atas mungkin lebih jelas untuk detailing pada baju dan tudung. Kesimpulannya, saya suka dengan baju dan tudung saya. Ramai puji baju tu cantik. Alhamdullillah. Dan di saat-saat akhir saya decide tak mahu pakai veil. Saya nak nampak simple saja. Tell me watchu think? Yay or nay?

Rate : 4/5


3. Pelamin

Pasal pelamin, saya tak risau sangat sebab ini majlis bertunang sahaja dan saya hanya minta mini pelamin. Itu pun yang asas sahaja. Alhamdullilah it turns so beautiful dan antara penyeri dalam majlis. 

Pada saya,  mini pelamin untuk majlis pertunangan adalah optional. Terpulang pada individu nak buat atau tidak. Tak semestinya orang lain buat, kita pun kena buat juga. Saya pilih untuk buat mini pelamin di ruang tamu, memandangkan rumah saya kecil dan sempit. Lagipun saya tak de bajet nak hias bilik cantik-cantik dan segan pulak kalau ramai-ramai orang masuk bilik saya untuk sesi sarung cincin.

Kalau ada mini pelamin, at least keluarga dan saudara mara boleh bergambar sama-sama. Dan background pun cantik sikit. hehe.



Rate : 4/5

4. Make-up

Antara semua-semua perkara, saya sebenarnya paling risaukan make up. Kenapa? Sebab pada saya make up sangat penting untuk menyerlahkan seri di hari bahagia. Saya sedar saya tak cantik dan tak fotogenik. Kebanyakkan gambar-gambar saya mesti bermuka masam dan garang. Haha. So saya sangat berharap make up semasa tunang mampu menyerlahkan sedikit kecantikan saya.

Namun, apa yang saya harapkan tidak begitu. Saya tahu salah saya juga sebab tak cakap dengan jelas apa yang saya nak. Saya hanya cakap nak make up yang natural sahaja. Sepatutnya saya cakap LIGHT and NATURAL. No fake eye lashes! Tak mau tebal-tebal kak. Tapi nasi dah jadi bubur.

Saya ingat pesan bakal Encik Tunang (masa tu) jangan make up tebal-tebal. Yes noted.  

Make up saya masa tunang sangatlah tebal. Macam opera cina pun ada. Saya malu dan saya tau salah saya. Saya takde bajet nak hire yang profesional dan sekarang timbul penyesalan sikit. Kalau saya make up sendiri pun mungkin lebih cantik. Dalam gambar mungkin nampak okay tapi di luar memang horor.

So rate nya saya bagi 2/5 saja. Boleyh?

tak suka sebab tak natural.
sebab tu saya suka gambar sisi sahaja.
sekian.
























No comments:

Post a Comment