Assalamualaikum...
Bagi bakal-bakal pengantin, memohon kebenaran nikah adalah yang paling crucial sekali dalam proses merancang perkahwinan.
Kalau tak mohon kebenaran macam mana nak nikah.
Ye dak?
So, hari nie saya nak kongsi serba sedikit proses memohon kebenaran nikah bagi negeri Johor.
Oleh sebab, Encik Tunang saya berasal dari Johor maka pendaftaran adalah secara online sahaja.
Boleh klik E-NCR Johor
1. Daftar
klik setuju terma dan syarat
daftar menggunakan kad pengenalan
isikan maklumat diri
2. Selepas daftar, kena aktifkan akaun. Caranya:
- call Pejabat Agama Daerah
(macam tunang saya orang Mersing, so call Pej Agama Mersing lah)
- cakap nak aktifkan E-NCR
- bagi no IC dan automatik akaun anda diaktifkan
3. Buat permohonan kebenaran nikah
- isi maklumat diri sendiri
- isikan maklumat pasangan
- isikan juga maklumat tentang tarikh nikah dan tempat
4. Cetak borang-borang berkaitan dan submit ke pejabat agama
Untuk step berikutnya saya update pada next entry sebab borang belum submit lagi.
Korang kena settlekan semua borang nie dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
Good luck!







No comments:
Post a Comment