Wednesday, November 27, 2013

Kursus Kahwin... DONE!

Assalamualaikum...


Awal-awal November hari tu memang progresif betul buat persiapan kahwin.
Bayangkan lah lepas bertunang kita dah jarang jumpa.
My fiance bulan September-October hari tu memang sibuk sangat dengan plant shutdown.
Kita pulak sibuk nak exam, nak tutup sekolah bagai. 

Dan sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang.
Dalam setiap kesusahan dan ujian yang Allah beri, pasti tersimpan hikmah yang maha besar.

Sejujurnya siapa la yang tak risau bila tengok wedding planroid tinggal 70 hari lagi tapi
persiapannya non-hado je.
 Belek punya belek calendar nasib baik la ada cuti panjang sikit minggu tu.
Mula-mula cuti Deepavali then sambung pulak dengan cuti Awal Muharram.

So pikir punya pikir.
Last-last saya  decide 2-3 November tu kita dua kena jugak pergi kursus kahwin.
Kalau tak memang tak kan ada masa lain dah.

Jadi hasrat yang terpendam dinyatakan kepada future father in law.
Nasib jugak pakcik baik dan sporting.
So, my fiance, FFIL and FMIL turun KL sebab nak suruh anak dia attend kursus kahwin.
Hahaha.

Then, saya minta tolong dengan mak untuk arrangekan kursus kahwin kami
sebab saya macam busy sikit minggu tu.
Alhamdullilah. Ada tempat untuk kami.

Untuk bride to be yang lain,
Pesan saya jangan la kecik hati ke apa kalau tengok pasangan korang
 macam tak ambil port sangat pasal wedding.
It's a man nature.

Diorang hanya akan fikir hal yang penting-penting saja.
Hal remeh temeh macam baju, photographer, kursus kahwin ker, kad
dan segala macam tok nenek persiapan kahwin
yang kita rasa boleh buat dan settle kan sendiri
tanpa perlu minta masa dan idea diorang
 just go on saja.
Pada saya, masa bertunang nie lah saya belajar bertolak ansur,
berdikari, cuba membantu dan berusaha menjadi sayap kanan terbaik untuk bakal suami.

Pada saya juga, orang perempuan kena banyak bantu bakal suami.
Sometimes diorang bukan tak nak bantu kita.
Cuma mereka tak tahu caranya saja.
So, kita sebagai bride to be, saya percaya mesti dah banyak buat research,
banyak baca blog dan magazine kan
 Mesti ada banyak idea dan knowledge.
Why don't kita cuba bantu pasangan.
Make things easier.
Make them happy as well.
Insya Allah. Aman jer hubungan...

Ok lah berbalik kepada kursus kahwin itu hari.
Alhamdullillah.
Kita dua berjaya attend kursus satu hari setengah tanpa gagal.
Bayaran RM80 seorang.
Bagi bakal-bakal pengantin area Putrajaya boleh attend kursus kahwin SINI
By the way, kursus nie kalau area Putrajaya hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Lepas seminggu dah boleh dapat sijil.












Monday, November 25, 2013

HIV Test

Assalamualaikum...

Kalau tak silap, kita mula isi borang kebenaran nikah seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Dalam 1 November macam tu, iaitu pada hari yang sama kita buat ujian HIV.
Senang. 2 in 1.
Settle.

Sebelum pergi buat ujian HIV, saya dah call dulu Klinik Kesihatan Putrajaya 
untuk tanya sama ada boleh walk in atau perlu buat appointment.
Luckily, diorang cakap boleh walk in saja.
Kemudian, saya tanya  juga pasal borang HIV dan pihak klinik cakap semua ada kat sana.
Alhamdullillah.

So saya just maklumkan pada Encik Tunang.
Mula-mula dia cakap tengok keadaan dulu.
Serius dah cuak.
Tapi takpe. Insya Allah.
Pelan-pelan cuba pujuk.
Usaha kan tangga kejayaan.

Alhamdullillah, sehari sebelum buat HIV Test mood dia okay.
And dia setuju. 
Yahooo...

Pagi-pagi dalam pukul 9 macam tu kita dua dah sampai Klinik Kesihatan Putrajaya.
Amik nombor dan tunggu giliran.
Kemudian daftar.
Disebabkan saya goverment servant tiada bayaran dikenakan
 tapi untuk Encik Tunang kena bayar RM1 sebab dia kerja swasta.

Lepas bayar, kita kena tunggu giliran untuk dapatkan Q card. (kalau tak silap)
Yang spoilnya boleh pulak akak tu salah key in nama tunang saya padahal dah bagi IC kot.
Encik abang dah risau dah time tu. Takut tak valid je.
Nasib la dapat dibetulkan.
Alhamdullilah...

Next, kita pergi buat rapid test.
Then tunggu keputusan.
HIV Test nie tak lama pun. Dalam setengah jam je settle.

Dan ini hasilnya:


non-reactif.

Alhamdullilah...
(^__________^)








Sunday, November 24, 2013

Prosedur Kebenaran Nikah (Johor)

Assalamualaikum...


Bagi bakal-bakal pengantin, memohon kebenaran nikah adalah yang paling crucial sekali dalam proses merancang perkahwinan.
Kalau tak mohon kebenaran macam mana nak nikah.
Ye dak?

So, hari nie saya nak kongsi serba sedikit proses memohon kebenaran nikah bagi negeri Johor.
Oleh sebab, Encik Tunang saya berasal dari Johor maka pendaftaran adalah secara online sahaja.
Boleh klik E-NCR Johor

1. Daftar 

klik setuju terma dan syarat

daftar menggunakan kad pengenalan

isikan maklumat diri


2. Selepas daftar, kena aktifkan akaun. Caranya:
- call Pejabat Agama Daerah
  (macam tunang saya orang Mersing, so call Pej Agama Mersing lah)
- cakap nak aktifkan E-NCR
- bagi no IC dan automatik akaun anda diaktifkan


3. Buat permohonan kebenaran nikah

- isi maklumat diri sendiri

- isikan maklumat pasangan

- isikan juga maklumat tentang tarikh nikah dan tempat


4. Cetak borang-borang berkaitan dan submit ke pejabat agama

Untuk step berikutnya saya update pada next entry sebab borang belum submit lagi.
Korang kena settlekan semua borang nie dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
Good luck!

Saturday, November 23, 2013

Reception Dress

Assalamualaikum...

Ini kali nak cerita tentang reception dress.
It's a custom made dress.

Saya pilih custom made instead of sewa ialah sebab susah sangat nak cari dress yang betul-betul menepati kehendak dan saiz saya.
Adalah dua tiga kali saya pergi butik pengantin untuk cuba baju tapi hati saya lebih berat untuk tempah baju sendiri.

Untuk baju nie, saya tempah dengan Minaz
My reception dress was inspired by these two gorgeous bride:

yuyu aziz's dress

Can check out her blog here

and

Puan rai.

Love the trail so much!
& It's from Rico Rinaldi by the way.


So, untuk baju sanding saya minta kak Pija design:
- a modern & modest dress for muslimah
- material chiffon silk
- embelishment on shoulder, waist, hand
- medium trail
- veil & shoes


Gambaran wedding dress saya:


and the colour choosen (jeng jeng jeng)

tekalah sendiri...

Untuk groom pula saya tempah dengan wedding galore
Rasa-rasanya groom memang tak kisah pasal baju diorang kan?
So, saya decide untuk buat baju macam Apek Khairul Fahmi.
Custom made juga.






Friday, November 22, 2013

Throwback: Gambar Tunang

Disclaimer:
(Ketika entri ini ditulis, blog ini adalah private)


Assalamualaikum...

It's been about 3months++ since our E-day.
Untuk pengetahuan semua,saya tidak pernah paparkan gambar majlis pertunangan saya baik di facebook, instagram, blog atau mana-mana laman sosial.
Hanya keluarga terdekat, cikgu-cikgu sekolah dan kawan-kawan rapat tunang saya sahaja yang tahu.

Begitupun,bukan niat saya nak merahsiakan perkara yang baik ini.
Islam sendiri berpendapat, pertunangan adalah lebih baik dirahsiakan,
 manakala pernikahan adalah wajib dihebah-hebahkan.

Saya lebih hormatkan pendirian keluarga.
Takut timbul fitnah.
Takut timbul riak.
Dan untuk mengelakkan perkara-perkara di luar jangkaan.

Disini, saya kongsikan sedikit gambar-gambar  sekitar majlis pertunangan saya tempoh hari sebagai kenang-kenangan.

Rombongan Meminang

 rombongan meminang

Assalamualaikum.. kami datang nak masuk meminang...

FFIL

sister and cousin

the mother and brother



merisik dan perbincangan

cincin tanda

nervous wei...

alhamdullilah.. i'm someone's tunang...

orang nie nervous tunggu dekat luar

nasib la ada kawan...

ada iras tak kami? hehe

alhamdullilah.. almost daughter in law to this family...

my family


jamuan ringan


sekian....











Thursday, November 21, 2013

Checklist... 57 Days To Go

Things to do:

1) Kursus Kahwin & HIV Test (DONE)
2) Borang Kebenaran Nikah (PENDING)
3) Borang Kebenaran Menggunakan Masjid (PENDING)
4) Tempahan Dewan  (DONE)
5) Catering Nikah (PENDING)
6) Catering Sanding (DONE)
7) Baju Nikah (DONE)
8) Baju Sanding (DONE)
9) Makeup Nikah (DONE)
10) Makeup Sanding (DONE)
11) Photographer (DONE)
12) Videographer (PENDING)
13) Pelamin (DONE)
14) Baju Pengapit (PENDING)
15) Family Theme (DONE)
16) Doorgift (PENDING)
17) Kompang (PENDING)
18) Lagu (PENDING)
19) Emcee (DONE)
20) Kad Kahwin (PENDING)
21) Hantaran (PENDING)
22) Handbouquet (PENDING)
23) Henna (DONE)
24) Gubah Hantaran (PENDING)
25) Bantal Nikah (PENDING)
26) Bunga Pahar (PENDING)
27) Dekorasi Bilik (PENDING)
28) Cincin Kahwin (PENDING)

Wah banyak gila benda tak siap lagi... Rileks2... Ada masa lagi... Leklu der... Hehe... Kbai!

DIY Peta Lokasi

Assalamualaikum...


Insya Allah hari nie kita buat entry secara pukal.
So, hari nie nak cerita macam mana saya DIY peta lokasi.

Being an independent and perfectionist bride to be (perfectionist la sangat!), 
saya memang susah nak percayakan orang lain. 
Maksudnya, ada benda yang I have to lean on other people, 
tapi ada juga sesetengah benda yang saya kena buat dan bergantung pada diri sendiri.

Contoh macam baju.
Since saya bukanlah orang yang arif tentang design, fashion and what so ever, so in that cases I just let my designers decide.
Tapi untuk map lokasi majlis, siapakah yang lebih mengetahui instead of tuan badan sendiri.
Ye dak?

Jadi dengan bantuan dari Google Map, a little bit of my imagination and knowlegde, saya cuba hasilkan draft peta lokasi dengan menggunakan Painter dan Microsoft Word ye kawan2....

So mula-mula, I did few sketchs on A4 paper untuk dapat gambaran peta secara kasar.

huduh mak aiii



lepas tu saya draw pakai Painter:
ini ialah draft jalan.
Saya guna google map untuk tgk layout jalan.

finally...
.
.
.
.
.
.
.


taraaa....
click for enlarge.
Haha.
Jadilah kan? Walaupun tak hebat sangat..
At least vendor kad boleh nampak and faham.

Selamat mencuba.








Nikah Attire

Assalamualaikum...

Alhamdullilah. Lama rasanya tak update blog. 
So, hari nie kita nak cerita pasal nikah attire. 
Waktu entry nie ditaip tinggal 57 hari sahaja lagi to our big day.
 Insya Allah. 
Doakan semua urusan dipermudahkan oleh Allah. 


Nikah attire saya tempah dari Aqar Couture.
Basically untuk baju nikah saya pilih design yang simple iaitu baju kurung moden.
My nikah attire was inspired by these pictures:

clean cut, modern design & off white colour

mermaid skirt & draping. love it to the max!

white, silver & pink pearl detailing.

Secara jujur, saya tak de specific design.
Untuk baju nikah, saya cuma request:
- off white colour
- simple detailing on waist
- heavy detailing pada tangan
- dan nak draping


Untuk baju nikah saya memang serahkan bulat-bulat pada designer.
Begitu juga dengan groom. Saya cuma bagi beberapa ukuran asas and pepandai la designer nak agak. 
Sebab masa ukur baju nikah, tunang saya tak ada. 

Harap semuanya berjalan lancar.
Till then. 
Bbye!