Thursday, December 26, 2013

Kad Kahwin

Assalamualaikum...

Alhamdullillah. Kad kahwin kita dah siap!
Sekarang dalam proses nak edarkan kad saja.




Untuk kad kahwin saya tempah lebih kurang 2 bulan sebelum majlis.
Tempah dalam pertengahan bulan November macam tu.

Untuk vendor kad kahwin, saya pilih untuk tempah dengan Jentayu Design
Reason kenapa saya pilih Jentayu Design ialah:
- design card yang modern dan terkini
- more to pastel colour
- show room nearby to Putrajaya which is located at Bangi
- service yang sangat cepat iaitu kad boleh siap within 2 weeks saja.

Nak deal dengan Jentayu Design pun teramatlah mudah.
Mula-mula saya pergi showroom untuk tengok contoh design kad yang pernah diorang buat.
Lepas tu bincang tentang quotation harga.

Dengan Jentayu Design, urusan tempahan kad kahwin jadi sangat mudah.
Artwork boleh check dalam masa 3 hari sahaja.
Disebabkan senang sangat nak deal dengan JD, saya tempah 1200  thank you sticker sebagai tambahan.

Untuk kad kahwin saya pilih design yang simple, warna sweet pastel, material art card 
and finishing matte laminate.
Harga yang diorang quote untuk 750 pieces juga adalah affordable lebih kurang RM1.10 sekeping.

Ramai yang cakap untuk kad kahwin tak perlulah berbelanja besar dan saya sangat setuju.
Cuma pada saya kad kahwin adalah penting kerana ia merupakan penilaian pertama orang terhadap majlis.
Pada pandangan saya juga, sebaik mungkin elakkan gambar bersama pasangan pada kad kahwin kerana kurang manis dipandang orang.
Seboleh mungkin saya elakkan juga gambar kartun dalam kad kahwin sebab kurang sesuai untuk diberikan kepada khalayak dewasa.
Apapun terpulang pada individu dan yang paling penting bajet anda sendiri.

So, cantik tak kad kahwin saya?
Jemput datang semua....

in progress...

Bbye...




















                       






Disember Update.... 22 days to go

Things to do:

1) Kursus Kahwin & HIV Test (DONE)
2) Borang Kebenaran Nikah  (DONE)
3) Borang Kebenaran Menggunakan Masjid  (DONE)
4) Tempahan Dewan  (DONE)
5) Catering Nikah (PENDING)
6) Catering Sanding (DONE)
7) Baju Nikah (DONE)
8) Baju Sanding (DONE)
9) Makeup Nikah (DONE)
10) Makeup Sanding (DONE)
11) Photographer (DONE)
12) Videographer  (DONE)
13) Pelamin (DONE)
14) Baju Pengapit (PENDING)
15) Family Theme (DONE)
16) Doorgift  (DONE)
17) Kompang (PENDING)
18) Lagu (PENDING)
19) Emcee (DONE)
20) Kad Kahwin  (DONE)
21) Hantaran (PENDING)
22) Handbouquet  (DONE)
23) Henna (DONE)
24) Gubah Hantaran  (DONE)
25) Bantal Nikah (PENDING)
26) Bunga Pahar  (DONE)
27) Dekorasi Bilik (PENDING)
28) Cincin Kahwin  (DONE)

Persiapan so far so good...
Tak payah nak stress2 sangat...
Buat rileks2 sahaja. Insya Allah semua benda akan settele satu per satu..

Fitting Baju Nikah

Assalamualaikum...


Alhamdullillah baju nikah kita dah siap.
Dah pergi fitting pun hari tu.
Overall, puas hati sangat dengan kekemasan jahitan dan detailing semua.
Untuk review tunggu lepas kahwin ye kawan-kawan...

nak fitting baju pun siap bawak P.A uols...