Thursday, March 12, 2015

Little Caliph: Detik-Detik Kelahiran Muhammad Zhafiq Adzin


Assalamualaikum...


Lamanya rasa tak update blog. Last entry kalau tak silap pasal kahwin.
Tup tup tetibe nak cerita pasal anak pulak..
Hehe..

Alhamdullilah. Muhammad Zhafiq Adzin minggu ni genap sebulan dah.
Semoga anak mak nie membesar menjadi anak yang soleh, bijak, taat kepada kedua-dua ibubapa dan sihat-sihat selalu hendaknya.

Sementara masih ingat nie, eloklah kiranya kalau aku kongsikan pengalaman bersalinkan Muhammad Zhafiq Adzin nie.

Ikutkan due date, aku dijangka bersalin pada 24 Februari 2015.
So, memang plan nak cuti awal 2 minggu dari tarikh jangka bersalin.

Alkisahnya...

12 Februari 2015 (Khamis)

Hari nie aku memang plan nak cuti. Rancangnya hari nie nak kemas rumah, kemas dapur dan packing baju sikit-sikit sebelum balik Putrajaya. Al-maklumlah nak tinggalkan rumah lama.

Ikutan Apps Baby Bump minggu nie baru minggu ke-38. Setakat nie belum ada tanda-tanda nak bersalin pun. Sakit contraction yang macam orang kata dan macam aku dok baca kat blog-blog pun still tak der. Doktor cakap anak sulung nie selalunya akan bersalin lambat. So, rileks-rileks sudah.

Petang nya baru la kitorang gerak dari Kerteh balik Putrajaya.


13 Februari 2015 (Jumaat)

#Checkup Antenatal

Pagi ni ada check up antenatal biasa dengan Dr Noraini Nor. Untuk pengetahuan semua, aku memilih untuk bersalin di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.

Selalunya kalau ada check up kat Az-Zahrah nie memang kena datang awal pagi untuk amik nombor. Hari tu kitorang sampai lewat sikit dalam pukul 9 dan dapat nombor 10. Alahai...

Tengah kitorang tunggu turn untuk check up nampak Dr. Noraini keluar dari bilik dia. Rupa-rupanya ada patient dia nak beranak pagi tu dan terpaksa la kami menunggu sejam ke dua jam lagi.

Disebabkan masa menunggu yang lama, aku ajak husband pergi jalan-jalan dan makan dulu.


# Unexpected News

Dalam pukul 12 mcm tu, kitorang balik semula ke Az-Zahrah dan Alhamdullilah doktor Noraini dah ada. Before check tu, macam biasa la doktor tanya, setakat nie ada sakit-sakit tak? Ada keluar darah ker? Aku jawab la tak ada cuma rasa macam period pain sikit-sikit je. Tp very mild la. Doktor cakap tu pun dikira contraction jugak.

Based on check up hari tu, doktor cakap kedudukan baby semua okay, dah turun ke bawah dan air ketuban semua cukup. Doktor cakap kalau tak de apa-apa may be minggu depan aku akan bersalin. 

Before balik tu, doktor tanya la sama ada aku nak check bukaan atau pun tak supaya dia dgn husband aku ada rough view bila aku akan bersalin. At least husband aku pun boleh plan bila masa yang sesuai nak balik Putrajaya.

Mula-mula tu aku macam tak nak check sebab takut sakit and malu sama. Tapi atas nasihat husband last-last aku setuju je.

Masa doktor seluk tu terus-terang aku cakap memang tak de rasa sakit pun cuma ngilu and geli sikit je. Tiba-tiba doktor cakap, 'Ainul, saya dah boleh pegang kepala baby dah... Awak punya bukaan dah 6cm'... Bila dengar doktor cakap macam tu, dalam hatiku berkata 'WHAAAATTT??'

Doktor cakap pukul 3 nanti aku dah kena masuk wad dan diorang akan induce. Pukul 6 mcm tu doc jangka aku akan bersalin. Masa nie dah memang nervous sangat-sangat dah. 


# What is Contraction?

Sejujurnya hingga saat ni aku masih tak tau apa itu rasa  sakit contraction. 

Waima bila mesin CTG dipasang kat perut aku dan misi cakap contraction aku adalah 5 minit sekali pun aku still tak rasa sakit. 

Dalam 3.30 ptg, nurse datang untuk masukkan ubat untuk buang air besar. Masa dlm wad tu seriously tak tau nak buat apa. Kebanyakan masa aku tidur je sementara nak tunggu masa ditolak ke labour room. Simpan tenaga la kononnya.. =p

# The Time Has Come

Pukul 5 aku ditolak ke labour room. Perasaan takut tu tak payah cakap la... Dup Dap Dup Dap je rasa.
Dalam labour room sekali lagi nurse pasang CTG untuk monitor heart beat baby dan tgk tahap contraction. 

Sementara tunggu bukaan dari 6cm ke 10cm, aku baca majalah Pa&Ma, borak2 dengan husband sikit and main handphone. Nurse kata kalau nak cepatkan bukaan banyakkan mengiring ke sebelah kiri. 

Lepas sejam, dalam pukul 6 gitu, nurse datang sekali lagi untuk monitor heart beat baby dan check tahap contraction. Kali ini contraction dah start 3 minit sekali. Masih tak de rasa sakit. Aku tgk diorang naik kan bacaan kat drip tu. May be untuk cepatkan lagi bukaan dan bagi aku rasa sakit sikit kot. Ini aku agak je la.

Lepas tu bidan datang untuk check lagi bukaan. Aku memang tak suka betul part nie. Masa doctor Nor buat memang tak sakit tapi time mak bidan nie check aku siap menangis kot cakap sakit. Memang kasar gila cara dia check. !@#xxx?? Satu lagi mak bidan nie tak supportive langsung. Dia cakap memang la sakit... Nak bersalin nanti lagi sakit... What the hell??

Beberapa minit lepas tu, aku dah start rasa sakit. Rasa macam senggugut tahap extreme. Sejuk habis kaki tangan. Time nie cakap kat husband aku dah rasa sakit sangat and mintak tolong husband urut2 belakang. Lega sikit..

Pukul 7 petang husband aku tukar shift dengan mak. Mak pulak tunggu dalam labour room. Time nie nurse cakap doctor Noraini tengah perform ceaserian operations kat labour room sebelah. Pukul 8 nanti baru ada. So, dalam tempoh sejam nie mak bidan la yang tengok-temgok kan aku. Banyak kali jugak mak bidan nie suh aku amik epidural la, sedut gas la and inject kat bontot la. Tapi semua aku tolak. Sebab pada aku sakit tu masih tolerable lagi.

Pukul 8 malam mak bidan dah start suruh aku teran. Katanya bukaan dah cecah 8cm. Kepala baby pun dah kat bawah. Aku try push, push n push tapi tak berjaya. First timer la katakan, mana nak pandai. Lagipun time tu sebenarnya aku tak rasa nak teran pun. Belum ada rasa sakit.

Tak lama lepas tu Dr. Noraini masuk. Nurse semua dah start gantung kaki dan ikat tangan aku. Dr. Noraini mintak husband aku masuk. Time nie rasa sakit nak teran tu dah datang. Aku try push tapi tak berjaya jugak. Salah teknik kot. Hehe..

After few trials, aku dah dapat rentak dan dah tahu macam mana cara nak teran. Tapi sayang, time nie energy aku dah tak de. Ye la, last makan pun pukul 11 pagi tadi dan tenaga aku banyak habis time push masa tak rasa sakit.

Last-last Dr. Noraini decides untuk vacuum baby tapi aku kena pun push jugak. 50-50. 
Time nak vacuum tu aku dengar macam ada bunyi something kena gunting. Tapi lantak lah. Tak rasa apa dah masa tu. Cuma nak baby keluar dengan selamat je.

Akhirnya, tepat jam 8.28 malam lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad ke dunia nie.
Alhamdullillah...
Nyaring betul suara dia time keluar tu..

presenting my baby boy! 
Mak ai... lebatnya rambut..


Muhammad Zhafiq Adzin Bin Muhammad Zhafif
13 Februari 2015
2.85kg































Thursday, December 26, 2013

Kad Kahwin

Assalamualaikum...

Alhamdullillah. Kad kahwin kita dah siap!
Sekarang dalam proses nak edarkan kad saja.




Untuk kad kahwin saya tempah lebih kurang 2 bulan sebelum majlis.
Tempah dalam pertengahan bulan November macam tu.

Untuk vendor kad kahwin, saya pilih untuk tempah dengan Jentayu Design
Reason kenapa saya pilih Jentayu Design ialah:
- design card yang modern dan terkini
- more to pastel colour
- show room nearby to Putrajaya which is located at Bangi
- service yang sangat cepat iaitu kad boleh siap within 2 weeks saja.

Nak deal dengan Jentayu Design pun teramatlah mudah.
Mula-mula saya pergi showroom untuk tengok contoh design kad yang pernah diorang buat.
Lepas tu bincang tentang quotation harga.

Dengan Jentayu Design, urusan tempahan kad kahwin jadi sangat mudah.
Artwork boleh check dalam masa 3 hari sahaja.
Disebabkan senang sangat nak deal dengan JD, saya tempah 1200  thank you sticker sebagai tambahan.

Untuk kad kahwin saya pilih design yang simple, warna sweet pastel, material art card 
and finishing matte laminate.
Harga yang diorang quote untuk 750 pieces juga adalah affordable lebih kurang RM1.10 sekeping.

Ramai yang cakap untuk kad kahwin tak perlulah berbelanja besar dan saya sangat setuju.
Cuma pada saya kad kahwin adalah penting kerana ia merupakan penilaian pertama orang terhadap majlis.
Pada pandangan saya juga, sebaik mungkin elakkan gambar bersama pasangan pada kad kahwin kerana kurang manis dipandang orang.
Seboleh mungkin saya elakkan juga gambar kartun dalam kad kahwin sebab kurang sesuai untuk diberikan kepada khalayak dewasa.
Apapun terpulang pada individu dan yang paling penting bajet anda sendiri.

So, cantik tak kad kahwin saya?
Jemput datang semua....

in progress...

Bbye...




















                       






Disember Update.... 22 days to go

Things to do:

1) Kursus Kahwin & HIV Test (DONE)
2) Borang Kebenaran Nikah  (DONE)
3) Borang Kebenaran Menggunakan Masjid  (DONE)
4) Tempahan Dewan  (DONE)
5) Catering Nikah (PENDING)
6) Catering Sanding (DONE)
7) Baju Nikah (DONE)
8) Baju Sanding (DONE)
9) Makeup Nikah (DONE)
10) Makeup Sanding (DONE)
11) Photographer (DONE)
12) Videographer  (DONE)
13) Pelamin (DONE)
14) Baju Pengapit (PENDING)
15) Family Theme (DONE)
16) Doorgift  (DONE)
17) Kompang (PENDING)
18) Lagu (PENDING)
19) Emcee (DONE)
20) Kad Kahwin  (DONE)
21) Hantaran (PENDING)
22) Handbouquet  (DONE)
23) Henna (DONE)
24) Gubah Hantaran  (DONE)
25) Bantal Nikah (PENDING)
26) Bunga Pahar  (DONE)
27) Dekorasi Bilik (PENDING)
28) Cincin Kahwin  (DONE)

Persiapan so far so good...
Tak payah nak stress2 sangat...
Buat rileks2 sahaja. Insya Allah semua benda akan settele satu per satu..